SUAMI SOLEH TONGGAK KEUTUHAN RUMAHTANGGA
CIRI-CIRI SUAMI SOLEH MENURUT ISLAM
Memiliki hati yang lemah lembut.
![]() |
source : google images |
Suami soleh haruslah memiliki hati lembut dan perasan yang peka, dapat merasakan perasan orang lain. Ia dapat merasakan derita orang lain dan berusaha meringankan tanpa diminta. Ia ubati luka itu dengan kata-kata indah, senyuman tulus serta hadiah-hadiah yang menyenangkan. Kadang-kadang seorang isteri tertimpa musibah, ia seorang diri menanggung bebannya, hatinya luka, fikirannya keruh dan ghairah pun padam.
Menjaga rahsia rumah tangga.
![]() |
source : google images |
Suami yang soleh mengetahui tentang kewajipan menjaga rahsia terutamanya rahsia rumahtangga. Islam melarang keras suami isteri menceritakan rahsia rumah tangga mereka kepada orang lain.
Mentaati perintah Allah.
![]() |
source : google images |
![]() |
source : google images |
Suami soleh dan isteri solehah hendaklah selalu bekerjasama dalam menegakkan ketaatan kepada Allah SWT serta saling menasihati dalam mencari redha Allah.
Memuliakan keluarga isteri.
![]() |
source : google images |
Suami yang baik ialah suami yang memuliakan isteri dan memuliakan kedua mertuanya serta kerabat dan sahabat-sahabatnya.
Memberi nasihat terhadap isteri.
![]() |
source : google images |
Suami yang soleh hendaklah mampu mendidik dan mengajar isterinya dengan ilmu-ilmu yang bermanafaat seperti ilmu tentang halal dan haram, ilmu kekeluargaan, ilmu fekah, akhlak , fiqhud dakwah dan ilmu kemasyarakatan.
Memiliki sifat sabar dan penyantun.
![]() |
source : google images |
Seorang suami harus memiliki sifat sabar dan penyantun. Ini kerana tiada sesuatu yang begitu ideal dalam kehidupan berumahtangga. Sebuah keluarga biasanya akan mengalami goncangan dan masalah. Jangan terburu-buru dalam melakukan sesuatu. Dengan berbekal sifat sabar segala masalah dapat diselesaikan dengan baik. Sifat santun dan pemaaf merupakan perangai yang dicintai Allah dan RasulNya.
Memiliki sifat pemaaf.
![]() | |
|
Suami perlu memiliki jiwa pemaaf kerana Allah SWT telah menghendaki wanita bersifat seperti dari tulang rusuk yang bengkok. Banyak masalah akan dapat diselesaikan sekiranya suami bersifat pemaaf. Kadang-kadang suami keliru membenci sesuatu yang ada pada isteri. Ternyata yang dibenci itu mengandungi kebaikan dan akan diperlukan pada saat tertentu.
sumber : islamituindah.my
Comments
Post a Comment