KUIH MUIH TRADISIONAL

Bersempena di bulan puasa ini, marilah kita lihat beberapa jenis kuih tradisional yang popular di Malaysia. Setiap kuih muih ini mempunyai keunikan rasa yang tersendiri dan sememangnya asli. Resepi kuih muih ini adalah turun temurun dari nenek moyang dan diwarisi sehingga generasi sekarang. Antara kuih muihnya ialah:


KUIH CARA
Kuih tradisional yang sangat digemari ramai terutamanya di bulan puasa. 
Berperisa pandan, sangat manis apabila di makan.

KUIH AKAK BUNGA KEMBOJA
Kuih ini sangat terkenal di negeri pantai timur. 
Dengan rasanya yang lemak manis pasti di gemari oleh semua peringkat usia.

KARIPAP
Kuih yang enak di makan pada bila bila masa sekalipun.
Berintikan ayam,kentang,daging atau telur, ia amat mudah didapati.

KUIH LAPIS
Diberi nama kuih lapis keran kuih ini mempunyai beberapa lapisan.
Enak dimakan terus atau makan mengikut lapisan.

BUAH MELAKA
Atau nama lainnya ialah Onde Onde. Dengan gula 
melaka sebagai inti di dalam, pasti dapat merasa kemanisan ketika memakannya.

KUIH SAGU
Kuih yang mempumyai tekstur yang lembut ditambah dengan rasanya yang manis, 
pasti amat sedap untuk di nikmati. Di sediakan dengan parutan isi kelapa.

KUIH LOMPANG
Asal usul nama lompang adalah di ambil apabila ketika kuih ini di kukus, ia akan 
membentuk lubang di tengahnya atau nama lain ialah lompang. 

TEPUNG PELITA
Dibuat daripada santan dan tepung beras, dan di masak di dalam 
bekas daun pisang. Kuih ini amat lazat untuk dimakan.




source image : google image

Comments

Popular posts from this blog

Tony Fernandes - Leadership in Organization

Pemimpin Islam: Syarat syarat menjadi Khalifah