Siri Jelajah Pulau #1 PULAU PINANG
Pulau Pinang, pulau mutira terletak di sebelah utara tanah air sememangnya cukup terkenal bagi pelancong samada dari dalam mahupun luar. Hal ini kerana, Pulau Pinang menawarkan pelbagai tempat-tempat yang menarik untuk di lawati oleh pengunjung. Selain itu, Pulau Pinang juga terkenal dengan kepelbagaian dan keenakan makanannya yang menjadi kegilaan ramai.
Jambatan Pulau Pinang
Jalan utama yang menghubungi antara pulau dan tanah besar.
Dengan panjangnya kira kira 13 Km, ia merupakan
jambatan kelima terpanjang di Asia tenggara.
Feri Pulau Pinang
Alternatif lain untuk sampai ke Pulau Pinang. Feri ini dapat
memuatkan penumpang dan juga kenderaan dalam masa yang sama.
Pengunjung pasti dapat merasa satu pengalaman baru menaiki feri.
Pemandangan dari Bukit Bendera.
Salah satu tempat yang terkenal bagi pelancong. Perlu menaiki
kereta api untuk sampai kemuncak, pasti menawarkan pemandangan
yang cukup indah pada waktu siang mahupun malam.
Batu Feringgi
Pantai utama yang terletak di Pulau Pinang. Terdapat pelbagai
aktiviti menarik yang dapat di buat di sini. Di samping itu, pengunjung juga
dapat menikmati pemandangan matahari terbenam di sepanjang pantai.
Nasi Kandar
Antara makanan yang popular di Pulau Pinang. Pengunjung
yang datang dari luar harus mencubanya kerana Nasi Kandar dan
Pulau Pinang memang tak dapat dipisahkan lagi.
sumber image : google image
Comments
Post a Comment