Siri Jelajah Pulau #3 PANGKOR
Pulau Pangkor terletak berhampiran Lumut, Perak juga antara salah satu pulau yang sering dikunjungi oleh pelancong. Pengunjung boleh mengambil feri di Lumut ataupun Marina untuk sampai ke Pulau Pangkor. Di pulau ini, pengunjung boleh menyewa kereta atau motosikal untuk bergerak di sekitar pulau. Penginapan di sini mempunyai pelbagai pilihan mengikut citarasa anda.
Tempat Tempat Menarik di Pulau Pangkor.
Pelbagai tempat tempat yang menarik yang boleh dikunjungi di sekitar pulau ini.
Oleh kerana saiz pulau yang kecil, masa yang boleh di ambil untuk
jelajah seluruh pulau adalah satu hari.
Pantai Pasir Bogak
Pulau Pangkor juga memiliki pantai pantai yang indah
dan bersih. Tidak kurang juga dengan airnya yang jernih.
Pelbagai aktiviti pantai dapat dilakukan di sini.
Kota Belanda
Kota ini di bina oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) untuk
menyimpan biji timah yang diperolehi dari negeri Perak. Kini, kota ini dijadikan
sebagai warisan dan juga merupakan satu tarikan kepada pelancong.
Burung Enggang
Uniknya pulau ini kerana terdapat spesis Burung Enggang yang mendiami
di pulau ini. Pengunjung boleh merasa pengalaman memberi makan kepada burung
ini dari jarak yang dekat serta dapat bergambar bersamanya.
Makanan Hasil Laut
Sebelum pulang ke rumah, pengunjung boleh membeli pelbagai
makanan hasil laut yang terdapat di pulau ini. Harga yang
ditawarkan juga amatlah berpatutan.
sumber image : google image
Comments
Post a Comment