Siri Jelajah Pulau #2 LANGKAWI
Langkawi atau juga dikenali sebagai Langkawi Permata Kedah terletak di negeri Kedah berhampiran sempadan Thailand. Langkawi merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong di sepanjang tahun. Pengunjung boleh mengunjungi Langkawi melalui feri dari jeti Kuala Kedah dan juga jeti Kuala Perlis, Terdapat pelbagai tarikan yang menarik yang dapt dilawati oleh pengunjung.
Dataran Helang
Dataran ini terletak di pantai Kuah, pengunjung pastinya
akan dapat melihat binaan Helang ini sebaik sahaja feri tiba di Langkawi.
Ia merupakan satu mercu tanda yang cukup terkenal di pulau ini.
Langkawi Cable Car
Ia merupakan tarikan utama bagi pengunjung di pulau ini.
Pengunjung dapat merasa pengalaman menaiki cable car dan juga melihat
pemandangan sekitar pulau dari atas Gunung Mat Chinchang.
Langkawi Sky Bridge
Terletak 660 meter dari paras laut, ia merupakan cable-stay bridge
di Malaysia. Boleh dikunjungi dengan menaiki cable car ke puncak,pasti
menjanjikan pemandangan yang cukup indah kepada pengunjung.
Pantai Cenang
Antara pantai yang paling sibuk di Langkawi, mempunyai pantai
yang indah serta terdapat pelbagai aktiviti yang menarik. Di sebelah malam
pula, pelbagai kedai di buka di sepanjang jalan pantai ini.
Tasik Dayang Bunting
Terdapat pulau yang kelihatan seakan wanita
mengandung yang sedang baring, ia menjadi tarikan
kepada pengunjung yang datang.
sumber image : Google image
Comments
Post a Comment