Pada tahun 636
masihi, seramai 41,000 tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid al Walid,
berjaya menewaskan 70,000 tenterea Rom yang terkenal dengan kelengkapan
artileri. Kekalahan tentera Rom pada waktu itu yang dikenali dalam perang
Yarmouk, telah membuka peluang kepada umat Islam menguasai Baitul Maqdis.
Kerajaan Rom ingin
meamatkan penjajahan mereka di Timur Tengah dengan menyerahkan Kota Al Quds
kepada umat Islam. Bagaiamanapun, Patriarch Sophronius seorang uskup gereja di
Al Quds berkeras dan enggdan menyrahkan Baituk Maqdis kepada umat Islam kecali
Amirul Mukminin, Umar Al Khattab datang sendiri menemui rakyat Illiya’ dan
mengambil kunci dari tangannya sendiri. Di sinilah hikayat agung pembukaan Kota
Al Quds yang diukir sahabat Rasulullah saw yang digelar Al Faruq, iaitu Umar al
Khattab.
Umar pun berangkat
dari Madinah ke Palestin dengan menaiki seekor unta dan di temani khadamnya.
Mereka bergilir-gilir untuk menaiki unta tersebut sambil membaca surah Yasin
sehingga tiba di Kota Al Quds. Di sini kita dapat melihat betapa berlaku
adilnya seorang pemimpin mahupun bersama khadamnya.
Semasa tiba di Kota
Al Quds, pembesar-pembesar Kritsitan di sana terpegun melihat kerendahan Umar
yang merupakan Khalifah Islam yang ternama kerana beliau datang dengan baju
yang lusuh dan bertampal, manakala kedua-dua kakinya dipenuhi debu pasir. Di
kala rakyat Illiya’ di Kota al Quds memberi penghormatan sambil menundukkan
kepala, beliau juga berkeras untuk tidak memnundukkan kepala seperti itu kecuai
kepada Tuhan.
Kita dapat melihat
keperibadian Umar yang amatlah mulia dimana beliau tidak mahu di beri
penghormatan berlebihan walaupun beliau merupakan orang yang mempunyai pengaruh
yang besar dalam Islam dan kita boleh mengambilnya untuk diamalkan dalam
kehidupan seharian.
Pada akhirnya,
Khalifah Umar menerima penyerahan kunci kota suci itu secara rasmi dari
Sophronius dan menjamin keamanan, keselamatan, harta benda, gereja-gereja
rakyat Illya’.
Comments
Post a Comment