Bukan Tragedi Oktober
Memandangkan battery laptop fareez masih steady, aku memilih untuk mengarang satu lagi blog sebelum pekena indomi. Tragedi ni berlaku masa kelas aku menjalankan gotong royong tiga minggu lepas. Tempat gotong royong tu kampung aku sendiri. Senang, tak payah nak pikir buat paper work bagai. Bak kato nenek den 'takyah nak poning palo'.
Malam sebelum bermulanya gotong royong, aku selaku tuan rumah, mengendalikan mesyuarat untuk memberi sedikit 'overview' tentang program pada keesokan hari. Seramai lebih kurang 15 orang yang hadir untuk gotong royong jadi aku mengambil keputusan untuk membahagikan kerja kepada empat bahagian iaitu di halaman dalam rumah, halaman depan rumah, halaman belakang rumah, dan bahagian dapur. Seperti apa yang anda baca, kita dpat lihat ciri ciri kepimpinan di tunjukkan dalam mengendalikan sesebuah program di mana dalam kes ni, pembahagian tugas dilakukan dengan jayanya.
Rehat punya rehat aku terdetik hati nk pergi cek si mamat Fareez ni dekat bawah. Risau jugak apa apa jadi. Once aku dah sampai tempat tu, aku pelik and syak ada benda yang tak kena sebab aku tak dengar langsung bunyi mesin. Hati kecil ku ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku lalu tanpa berfikir panjang, aku menjerit memanggil fareez, " Kucing!!". Dia pun menjawab, "oiii!". Aku jumpa jumpa mamat ni dah terbaring dekat semak tempat dia mesin tu. Terus terlintas dekat kepala otak aku yang bilah tu dah tibai kaki dia macam cerita Final Destination tapi alhamdulillah tekaan aku salah. Kaki mamat ni sebenarnye tercucuk dengan batang besi. Try to keep things cool, aku suruh Fareez buat tak reti je dengan benda tercucuk tu. Tanpa membuang masa, aku call budak budak yang dekat atas suruh datang tempat kejadian untuk tolong angkat si Fareez ni.
Keadaan beliau semasa di temui |
Sedar tak sedar perut pun dah lapar. Wa nk buat indomi kejap. Get well soon doh cing!
Comments
Post a Comment