Tokoh Sejarah (pemimpin)

Tok Janggut (Hj. Mat Hassan bin Munas)

credited to Google image

Seorang tokoh sejarah yang sangat terkenal menentang British. Nama sebenar beliau adalah Hj. Mat Hassan bin Munas tetapi sangat popular sebagai tok Janggut oleh kerana dirinya yang membela janggut hingga ke dada.Dilahirkan di Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1853. Beliau mendapat pendidikan di pondok Kelantan dan Makkah. beliau juga sangat mahir didalam ilmu persilatan melayu. beliau menetap di Kampung Nering yang mana jaraknya 3km dari bandar Pasir Puteh, Kelantan.Merupakan seorang petani dan peniaga.


Mat Kilau

credited to Google image


Seorang pahlawan menentang penjajahan British yang berasal dari negeri Pahang. Nama penuh beliau Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Dilahirkan pada tahun 1865 di negeri Pahang. Seorang yang pandai mengaji dan berzanji. Hobi beliau bermain gasing dan bermain buah keras. Berkahwin pada umur 20 tahun dan mula mempelajari ilmu kebatinan dan persilatan. Beliau sangat mendalami ilmu persilatan terutama dengan menggunakan senjata. Beliau banyak mendapat ilmu dari bapa nya sendiri, Tok Gajah.


Dato' Maharaja Lela


Beliau adalah pembesar kelapan yang merupakan pejuanng bangsa untuk menentang penaklukan British di negeri Perak. Beliau berketurunan Bugis. Beliau datang ke Perak semasa zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah dan dilantik sebagai mufti Perak dan di beri gelaran Maharaja Lela Tan Lela yang mana beliau diberi kebenaran untuk memancung tanpa bertanya. Nama sebenar beliau adalah Pandak Lam. Kisah beliau selalu berkait rapat dengan kisah J.W.W Birch.

Bekas Perdana Menteri Malaysia
credited to google

Comments

Popular posts from this blog

Tony Fernandes - Leadership in Organization

KUIH MUIH TRADISIONAL

Pemimpin Islam: Syarat syarat menjadi Khalifah