Resepi Ikan Masak Stim Lemon

Ingredients :



  • 1 ekor ikan siakap sederhana besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang Holland
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu gula
  • 2 inci halia
  • 3 sudu sos ikan
  • 5 biji cili padi
  • 1 cawan jus limau nipis
  • 2 batang serai
  • sedikit daun ketumbar + cili merah + hirisan limau untuk hiasan





Langkah-langkah

1. Bersihkan ikan. Kelar ikan supaya sos meresap
2. Sapukan ikan dengan kiub pati ayam yang dicampur sedikit jus limau + air
3. Masukkan serai yang telah diketuk ke dalam perut ikan
4. Masukkan ikan ke dalam pengukus
5. Campurkan sos ikan + gula + jus limau nipis dan tuangkan ke atas ikan
6. Cincang halus bawang putih + cili api + halia dan taburkan ke atas ikan. 
7. Last sekali masukkan bawang holland yang dipotong halus. Kukus ikan sehingga masak.
8. Hiaskan dengan daun ketumbar + limau + cili merah




Comments

Popular posts from this blog

Tony Fernandes - Leadership in Organization

KUIH MUIH TRADISIONAL

Pemimpin Islam: Syarat syarat menjadi Khalifah