 |
Source : Google images |
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam terutamanya untuk meningkatkan amal ibadah untuk dijadikan saham akhirat. Pada bulan Ramadhan, setiap individu yang beragama Islam diwajibkan untuk berpuasa dimana mereka harus menahan diri dari lapar dan dahaga mahupun nafsu. Seperti yang kita tahu, banyak peperangan yang dimenangi oleh kaum muslimin semasa mereka sedang berpuasa. Tambah lagi dengan kepimpinan Rasulullah saw. Sebagai contoh kisah Nabi Muhammad saw berjaya memnundukkan kerajaan Rom yang menyekat penyebaran agama Islam ke kota mereka.
Di sini terdapat beberapa perkara/benda yang saya nak kongsikan yang mungkin boleh diguna pakai.
 |
Ramadhan's planner |
Ini merupakan satu sheet untuk plan diri kita di bulan Ramadhan, kalau berkenan boleh la download and print. At least kita ada usaha untuk buat benda2 yang baik yang ada dalam sheet ni. Siapa tahu ia berguna di akhirat kelak. Yela kalau nak jadi seseorang pemimpin especially seorang suami, kita perlu la urus diri kita dalam amal ibadah ni. InshaAllah.
 |
Waktu Imsak dan Bebuka (Perkongsian group sebelah) |
Ini pula cuma perkongsian waktu Imsak dan waktu berbuka (Maghrib) di Melaka. Kalau nak tahu waktu subuh, cuma tambah 10 minit kat waktu Imsak tu. Imsak ni sebenarnya waktu dimana kita harus berjaga-jaga dari makan dan minum kerana waktu subuh nak masuk tak lama lagi. Lebih kurang macam tu la. Waktu Imsak ni sebenarnya tak fix pun, tapi most of the area kat Malaysia ni guna 10 minit sebelum waktu subuh. Yang penting boleh makan lagi.
 |
Cara solat sunat Tarawih |
Bagi yang berkesempatan untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Haa ni panduan untuk anda semua. Manala tahu kita solat bersendirian. Boleh la rujuk panduan ni. Takpe la kalau kita rujuk benda ni time nak solat tu, tak salah pun kita belajar. Bacaan surah dalam setiap rakaat tu tak la fix, korang boleh baca surah-surah lazim yang lain. Yang berkemampuan untuk hafal surah surah panjang dalam al-Quran tu lagi elok, disyorkan. Begitu juga dengan selawat yang di bacakan oleh bilal sebelum dan selepas solat sunat tarawih ni, dia pelbagai. Kalau nak tengok bacaan-bacaan yang lain boleh search kat google.
Comments
Post a Comment