10 Amalan Sunah Bulan Puasa Ramadhan Yang Dicontohkan Rasul SAW
1. Menyegerakan Berbuka Puasa
Apabila masuknya waktu berbuka, segerakan berbuka puasa kerana terdapat pelbagai kebaikan daripada itu. Rasullullah bersabda :
Apabila masuknya waktu berbuka, segerakan berbuka puasa kerana terdapat pelbagai kebaikan daripada itu. Rasullullah bersabda :
لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوْا الْفِطْرَ – رواه الشيخان
“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)
2. Mengamalkan Makan Sahur
تَسَحَّرُوْا فَإِنَّ فِى السَّحُرِ بَرَكَةٌ – الشيخان –
“Makan sahurlah karena sesungguhnya pada sahur itu terdapat berkah.” (HR. Bukhari dan Muslim)
3. Membaca Al-Quran(Tadarus)
Kitab suci Al-Quran diturunkan dalam Bulan Ramadhan. Rasullullah SAW juga sering dan lebih banyak membaca kitab Al-Quran dalam bulan Ramadhan.
Imam Az-Zuhri berkata, “Apabila datang Ramadhan, maka kegiatan utama kita selain berpuasa adalah membaca Al-Qur’an.”
4. Memberikan Makanan Berbuka Puasa
مَنْ فَطَرَ صَائِمًا فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ وَلَا يَنْقُصُ مِنْ اَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئٌ – صحيح النسائى و الترمذى
“Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu” (Shohih Nasa’i dan Tirmidzi)
Amalan mulia ini secara tidak lansung dapat mengeratkan lagi silaturrahim dalam kalangan masyarakat sekeliling. Amalan berkongsi rezeki adalah amalan yang amat digalakkan terutamanya dalam kalangan masyarakat.
5. Berdakwah
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُون
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar ; merekalah orang-orang yang beruntung” (TQS. Al-Imran[3] : 104)
Berdakwah adalah amalan terpuji. Pada bulan Ramadhan, adalah waktu terbaik untuk berdakwah kerana pada bulan ini setiap orang lebih terbuka untuk menerima nasihat.
6. Solat Tarawih
Ibadah sunnah pada bulan Ramadhan. Yang pasti amalan ini akan diamalkan di setiap masjid selepas waktu Isya' termasuk juga di madrasah. amalan ini juga dapat dilaksankan di rumah.
Rasulullah saw pernah merasa khawatir karena takut shalat tarawih dianggap menjadi shalat wajib karena semakin hari semakin banyak yang ikut shalat berjamaah di masjid sehingga beliau akhirnya melaksanakan shalat tarawih sendiri di rumah.
7. Iktikaf
Amalan ini adalah amalan berdiam diri di masjid dengan niat untuk beribadat kepada Allah SWT. Amalan ini sering diamalkan oleh Rasullullah SAW pada bulan Ramadhan.
8. Lailatul Qadar
Dalam bulan Ramdhan, akan ada satu malam yang dinamakan Malam Lailatul Qadar di mana ia adalah malam yang paling istimewa kerana jika amalan yang dilakukan pada malam tersebut akan diberikan ganjaran pahala bersamaan dengan 1000 bulan. Rasulullah SAW menyuruh umatnya mencari malam tersebut pada 10 malam terakhir Ramadhan.
9. Umrah
Umat Islam digalakkan untuk menunaikan Umrah pada bulan ramadhan kerana pahalanya berlipat kali ganda. Rasulullah SAW pernah berkata kepada Ummu Sinan, apabila datangnya bulan Ramadhan, hendaklah ia melakukan umrah kerana nilainya bersamaan dengan menunaikan haji bersam Rasullullah SAW.
10. Bertaubat
Pada bulan Ramadhan, Allah SWT membuka pintu taubat seluas-luasnya untuk umat Islam. Bulan Ramadhan adalah peluang terbaik untuk umat Islam untuk melaksanakan taubat pada Sang Penciptanya.
Comments
Post a Comment