#sesatdimedan
Yang ni last sesat. Lepas ni tak sesat dah. Tempat last ceq nak share ialah Medan, Indonesia. Medan terletak di utara Sumatra dan merupakan bandar ke-4 terbesar di Indonesia. Ceq naik flight dari penang ke medan yang hanya memakan masa selama 50 minit. Jom kita tengok apa yang best dekat Medan.
![]() |
Danau Toba, Parapat. |
Dari Kualanamu Airport, ceq teruskan perjalanan ke Danau Toba yang terletak di Parapat. Apa yang menarik dekat sini adalah ia merupakan kawasan tanah tinggi (kira-kira 1000m dari paras laut). Suhu di sini juga agak sejuk berbanding suhu di Medan. Tibanya di sini anda akan dapat lihat Tasik Toba yang mengelilingi Pulau Samosir.
![]() |
Samosir Island. Hujan daa |
Terbentuk dari gunung berapi, pulau ini juga dikatakan ketinggiannya akan meningkat pada setiap tahun. Pulau Samosir amat terkenal dengan sejarah mengenai Rajanya serta masyarakat Batak (penduduk asal pulau ini).
![]() |
Rumah Masyarakat Batak |
Rumah masyarakat Batak ini amat unik kerana mempunyai maksud pada setiap bahagian rumahnya.
Contohnya ukiran berbentuk kepala di hadapan rumah dipercayai untuk menghalau segala sihir hitam kerana ramai masyarakat Batak yang mengamal ilmu sihir hitam pada satu ketika dahulu.
![]() |
Jagung rebus cheese. |
Jagung rebus cheese yang ceq makan ketika di Brastagi. Brastagi ni tempat di mana sayur-sayuran dan juga buah-buahan seperti strawberry di tanam (ala-ala Cameron Highlands). Bole la try buat dekat Malaysia ni, orang Malaysia ni kan taksub sangat dengan cheese.
Comments
Post a Comment