#sesatdilombok
Okay sesat di lombok pulak kali ni. Sebelum tu ceq nak maklumkan yang entry ni adalah sambungan entry ceq yang #sesatdibali. Oleh kerana jarak antara bali dan lombok tak begitu jauh sangat, kami mengambil feri yang memakan masa selama 5 jam untuk sampai ke lombok. Memandangkan masa perjalanan agak lama, kami mengambil tiket feri pada jam 12 tengah malam supaya sampai di lombok pada pagi hari. Kami mengambil kesempatan untuk berehat dan tidur di sepanjang perjalanan feri sambil menikmati angin laut.
Pada hari pertama kami di lombok, kami menuju ke sebuah pulau iaitu gili trawangan yang terletak di kepulauan gili. Gili trawangan terkenal dengan pulaunya yang cantik dan menjadi tempat tumpuan bagi aktiviti scuba diving mahu pun snorkelling. Disini terdapat pelbagai hotel dan chalet serta restoran makanan laut.
Boat Ke Gili Trawangan |
jalan utama di gili trawangan |
Terdapat tempat yang istimewa untuk mengambil gambar ketika matahari terbenam di pulau ini. Ia lebih dikenali sebagai ombak sunset. tempat ini berada agak jauh dari jeti utama, disarankan menyewa basikal untuk pergi kesini. Memang sempoi.
Ombak Sunset |
Selepas menghabiskan masa selama sehari semalam di gili trawangan kami menuju ke senaru waterfall, Air Terjun Tiu Kelep.Air terjun ini terletak di sebelah utara kaki gunung rinjani perlu berjalan kaki selama 15 minit untuk sampai di sana. Pemandangan yang menakjubkan.
Spectacular |
Kami menginap di mataram pada malam terakhir kami di bumi indonesia sebelum berangkat pulang ke malaysia pada keesokan hari. Lombok mempunyai daya tarikannya yang tersendiri dan setiap orang yang dapat melihatnya pasti akan terjatuh hati.choii
Comments
Post a Comment