#sesatdikorea


Sesat di daratan dae han min guk bersama kakak ceq. Setakat ni, ceq rasa ni ja la yang paling jauh ceq pernah sampai. Cuaca agak baik sebab time tu korea tengah musim spring (rasa macam duduk dalam aircond). Itinerary semua diuruskan oleh kakak ceq sendiri, kerja ceq cuma cari lane train nak naik dengan baca map ja untuk pergi location yang dirancang. Yang best korea ni semua tempat boleh sampai dengan hanya menggunakan train sahaja.

Ewha Womans University
Alang-alang dah dekat dengan hostel, ceq singgah la sat dekat sini. Dari turun train station sampai la jalan nak masuk ke dalam uni memang dipenuhi dengan pelajar-pelajar perempuan mereka. Kalau ingin rasa macam mana dikejar oleh gadis-gadis, bolela try datang sini.

one of the Korean palace
Terdapat banyak istana lama yang boleh anda lawati di seoul. Jangan hairan kalau anda boleh jumpa istana di tengah bandar yang di penuhi dengan bangunan-bangunan tinggi. Kelihatan dua wanita yang memperagakan pakaian tradisional korea, Hanbok.

Raja ketam yang direbus dan di makan bersama wasabi
Kalau nak makan king crab atau octopus yang hidup, anda boleh pergi ke Noryangjin fish market. Dekat sini terdapat 1001 makanan laut seperti udang, ikan, ketam, dan siput yang dijual secara hidup dan mati. Menariknya, mereka turut menyediakan restoran untuk anda masak makanan yang di beli.


The pine tree lane, Nami island
Nami island ini boleh dikatakan salah satu tempat yang harus pergi kalau ke korea. Memang tak dapat ceq nafikan kerana pemandangan di sekitar pulau ini memang menakjubkan. Pulau ini juga merupakan lokasi pengambaran drama siri korea yang popular iaitu winter sonata.

Apa yang ceq tertarik dengan korea ni adalah dari segi sistem pengangkutan mereka terutamanya train dan juga tahap kebersihan negara mereka. Tidak hairan mengapa mereka sudah jauh di depan kerana korea mempunyai mentaliti kelas pertama yang diperlukan oleh sesebuah negara maju. Annyeong!

Comments

Popular posts from this blog

Tony Fernandes - Leadership in Organization

KUIH MUIH TRADISIONAL

Pemimpin Islam: Syarat syarat menjadi Khalifah