#sesatdibrunei
Dikesempatan dapat menulis blog entry ni, ceq nak kongsikan dengan hampa semua tempat-tempat yang dah ceq takluki sepanjang tahun 2014 hingga tahun 2016. Kalau nak tau di mana tempatnya, bolela rajin-rajin baca ceq punya entry ni. Ceq mai dari utara jadi adala sikit loghat utara yang terselit di sepanjang entry ceq. Kalau paham baguih la, kalau tak paham tanya orang sebelah.
Brunei Darussalam. Nak dipendekkan cerita, waktu tu ceq berada di Miri (hujung tahun 2014) selama 3 minggu untuk buat modular course sebelum naik kapal. Memandangkan ceq mempunyai sedikit lebihan wang dan masa, ceq pun membuat keputusan untuk ke Brunei selama 2D1N dengan menaiki bas dari Miri ke Brunei.
![]() |
Return bus ticket Miri-Brunei |
Petang bertolak dari Miri dan sampai di Bandar Seri Begawan pada waktu malam. Sampai-sampai ja sana terus cari tempat makan sebab perut ceq dah berbunyi. Untuk memilih kedai makan yang halal dekat sini tak la susah sebab mostly kedai makan muslim. Dah nama pun Brunei kan. Selesai makan, ceq pun berjalan la cari tempat nak tidoq di kawasan sekitar sebab memang tak booking apa-apa pun dari awal. Nasib ceq baik sebab jumpa satu hostel untuk backpacker. ZzZzz.
![]() |
Pasar pagi di Bandar Seri Begawan |
Pagi di Brunei. Tempat yg pertama ceq kunjungi di Brunei adalah pasar pagi di Bandar Seri Begawan. Pelbagai barangan dan juga makanan di jual disini, Dari kain baju sampaila ikan-ikan segar ada disini. Dekat sini la kita boleh tengok budaya sesebuah masyarakat dan juga cara percakapan mereka. Orang Brunei still boleh paham kalau kita cakap bahasa melayu so dari segi percakapan tu takda masalah untuk ceq.
![]() |
Masjid Sultan Omar 'Ali Saiffudien |
![]() |
Muzium |
Sementara menunggu bas pulang ke Miri, ceq sempat bersiar di sebuah mall di sini. Kalau nak cari cenderamata untuk dibawa pulang bolela cari kat sini. Masa ceq di Brunei agak terhad maka tak banyak tempat yg sempat untuk dilawati. Maka tamatlah perjalanan ceq di bumi brunei ini.
![]() |
❤💬 sila tekan button like untuk gambar ni |
Comments
Post a Comment