Sebut je ikan patin masak tempoyak rate-rate orang terus telan air liur trmasuk aku skali sebab rasenye pedas tapi sedap ya itu pedas berhantu bak kate orang. so, sini aku nak payung sikit gambar koleksi ikan patin masak tempoyak yg menjadi kegilaan org ramai.
 |
nie adalah salah satu tmpat yg paling boik kt temerloh pernahku makan
sumber : google images |
 |
gambar restorannya tempat tumpah darahnya ikan patin.
sumber : google images |
 |
itu dia yg kita mau. dapat nie pehh sedap terngiang-ngiang.
sumber : google images
|
 |
yg nie adalah pais tempoyak ikan patin
sumber : google images
Kt bawah nie kusediakn cara-cara dan bahan-bahan nak buat ikan patin masak tempoyak dari azrie kitchen melalui internet search.
Bahan bahan :
1 ekor patin saiz sederhana
2 senduk tempoyak
4 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
1 biji cili merah - opsyenal untuk bagi kuah merah jer
Segenggam cili padi merah - ikut pedas disukai
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum
Sedikit garam
Cara cara:
Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.
 |
sumber : google images |
Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.
Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.
Nota:
Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.
Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.
Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan seperti mana yang dibuat oleh kedai kedai makan di Temerloh.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Comments
Post a Comment