Air terjun Ulu Bendul


entry kedua ni nak citer pasal trip ak pergi air terjun dekat Ulu bendul,Negeri Sembilan. Petang tu  aku,Anwar,Maen dengan cabin mate ak pergi Port Dickson nak bercamping tapi disebabkan x plan awal-awal so kami decided nak pergi Ulu Bendul sebab pagi esok boleh mandi sungai.

awal-awal pagi lagi kami semua dah terjun masuk sungai. Air dia sejuk gilaaaaaaaaaa tapi sebab seronok punya pasal, sejuk macam ais pun sanggup tahan . hahahahahahahahha.. Anyway, gambar time mandi x ambil sebab x ingat pun nak ambil gambar .. :D
  


ni gambar lepas mandi sungai. Lepas ni nak pergi taman ular

on the way pergi taman ular.



Gambar kat atas tu masa on the way pergi taman ular. Taman ular ni dekat je dengan tempat air terjun tu  tapi yang penatnya bila kena daki bukit . Bukit dia tinggi gila (fuhhh) . Dalam taman tu ada banyak juga spesis ular ni, Ular Sawa,Anaconda dan banyak lagi . Penjaga taman ni ada jugak bela ayam. Ayam tu dibela khas untuk bagi ular-ular kat situ makan .


ni ular sawa, ada 3 ekor.



Ular sawa ni dalam gambar nampak kecil tapi sebenarnya besar gila. Ular ni mampu telan seekor lembu so kalau setakat manusia pedehal... huhu


ni gambar close up ular sawa yang tadi tu. diorang tengah tidur
Maka sampai sini jela entry ak kali ni .cerita agak hambar tapi nak buat macam mana ak x pernah ada blog sebelum ni, so x pandai sangat nak buat cerita gempak-gempak ni . Assalamualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

Tony Fernandes - Leadership in Organization

KUIH MUIH TRADISIONAL

Pemimpin Islam: Syarat syarat menjadi Khalifah