Temuduga Usahawan!

Bureau Veritas Certification (BVC) yang diperolehi oleh syarikat beliau.
Usahawan yang telah saya temuduga ialah Encik K.Sugumaran a/l Kolanthai. Beliau berumur 45 tahun. Setelah menamatkan pendidikan tinggi, beliau menyambung pelajaran di Politeknik Singapura selama setahun. Kemudiannya, beliau melanjutkan pelajaran di Akademi Laut Malaysia (ALAM)

Bureau Veritas Certification (BVC) yang diperolehi oleh syarikat beliau.
untuk Kelulusan Malim 2. Setelah menamatkan pelajaran, Encik K. Sugumaran melengkapkan latihan laut dengan pangkat Malim 2. Pada tahun 1994 sehingga tahun 1996, Encik K. Sugumaran mendapatkan pendidikan Ijazah Sarjana di Australia untuk mendapatkan pangkat Kapten. Pada tahun 2003 sehingga 2008, beliau bekerja di Syarikat Kaji Selidik Marin. Pada 2009, beliau memulakan perniagaan dengan rasminya dengan nama syarikat Johor Ship Care Sdn Bhd (JSC).

 Fungsi utama syarikat ini adalah untuk menyokong servis-servis marin bagi kapal di kawasan lautan Johor. Antara servis yang dilakukan ialah membina pelantar minyak di kawasan Tenggara Asia. Servis yang kedua terkenal ialah penjagaan penuh kapal asing. Ini termasuk penyelenggaraan kapal, pemantauan keadaan kapal, pembaikan masalah major dan minor, membetulkan bacaan kompas dan sebagainya. Dengan perkembangan perniagaan, syarikat ini mula menyediakan perkhidmatan tenaga pakar dan kurang pakar kepada kapal asing. Beliau mempunyai hampir 100 pekerja yang berkhidmat bersamanya, termasuk pengurusan dan pekerja. Antara tenaga pakar yang ada ialah, Marine Superintendents, Master Mariners, Marine Engineers dan Marine Inspectors. Antara tugas tenaga ini ialah, memandu kapal ke bengkel, membantu dalam mengawal kapal ketika situasi mencabar dan sebagainya.

Servis syarikat beliau semakin berkembang, syarikat Johor Ship Care telah memiliki sebuah kapal yang dinamakan Bumi Jaya. Kapal ini membekalkan minyak kepada kapal asing di tengah laut. Oleh itu, kapal-kapal yang besar tidak perlu berlabuh untuk mengisi minyak. Ini banyak memudahkan kapal milik Negara Eropah di perairan Johor. Kebolehan memiliki kapal ‘barge’ merupakan salah satu kejayaan besar syarikat Encik K.Sugumaran.

Encik K.Sugumaran bercadang untuk memperluaskan servis syarikat beliau. Beliau amat berharap dapat memperluaskan pembinaan pelantar minyak ini kepada peringkat antarabangsa dan bukan sahaja di tenggara Asia. Beliau kini sedang bekerja kearah memiliki sebuah lagi kapal bagi memantapkan servisnya

Gambar kapal ‘Bumi Jaya’ milik Encik K. Sugumaran yang berfungsi untuk menghantar minyak. 
Gambar kad perniagaan Encik K.Sugumaran
Servis yang dilakukan








Comments

Popular posts from this blog

Tony Fernandes - Leadership in Organization

Pemimpin Islam: Syarat syarat menjadi Khalifah

KUIH MUIH TRADISIONAL