Labuan Island

Labuan
Hai... Harini nak cakap soal my hometown which is Pulau Labuan. Labuan ni one of the 3 federal territory in Malaysia. Pulau ni kecil je, 1 hari cukup untuk lawat tempat2 yang kind of menarik. Kat labuan ni, orang tempatan mostly berketurunan Brunei. Lagipun dulu memang Labuan ni a part of Brunei. Pulau ni juga terkenal denga oil and gas field, so banyak orang offshore menetap kat sini. The best part of Pulau Labuan is duty free. Lebih kurang Langkawi. Barang-barang macam coklat, kereta dan few more things memang murah kalau dibandingkan dengan negeri lain.

Pelbagai peninggalan sejarah zaman silam yang menjadi tarikan pelancong seperti Taman Damai, kubur tentera asing yang terkorban, Taman Burung Eksotik dan lain lain. Antara pejuang penentang penjajah di zaman pemerintahan tentera Jepun di Pulau Labuan ini adalah Jumidar Buyong. Beliau merupakan Panglima Perang Laut di dalam angkatan tentera laut diraja British dan ditempatkan di Pulau Victoria (nama Labuan sewaktu pemerintahan British)

War memorial
Ini adalah salah satu tempat yang perlu dilawati bagi sesiapa yang datang ke Labuan. Kat sini you can find peace. Aisehh. Ni merupakan tempat dimana orang-orang yang terlibat dengan serangan Jepun ke atas Borneo diberi penghormatan. Ada name list dorang. Area ni well maintained sebab tempat ni akan dilawat oleh askar-askar British yearly tak silap. Ada la dorang punya acara penghormatan macam tu untuk mengingati jasa jasa pemimpin ataupun pejuang semasa zaman penjajahan.

Muzim Chimney
Yang ni pula Muzium Chimney. Apa yang menarik perhatian muzium ni sebenarnya tower tinggi kat luar tu. Kat dalam muzium ni ada la sejarah-sejarah lama terutamanya tentang lombong arang yang ada kat Labuan. Tapi malangnya tower tu tak boleh dipanjat walaupun tangga disediakan, untuk tujuan keselamatan.

Batu kat Taman Damai
Tempat yang terakhir saya nak kongsikan adalah Taman Damai. Dalam taman ni banyak tempat-tempat yang menarik korang boleh ambil gambar. Untuk pengetahuan korang, tempat ni merupakan point dimana askar Jepun menyerah kalah. Tempat ni dinamakan Surrender Point. Setiap tahun, akan ada pegawai-pegawai Jepun yang datang bagi mengingati sejarah yang berlaku.

Pada 9 September 1945, Jepun secara rasmi menyerah Labuan kepada Australia. Komander Angkatan Darat ke-37 Jepun, Leftenan Jeneral Masao Baba diterbangkan untuk upacara memnandatagani serah terima. 

Dia menyerahkan pedangnya secara rasmi kepada Mejar Jeneral George Wootten, pegawai pemerintah Division ke-9 Australia, di saksikan oleh Kapten Kumpulan C.W Pearce dan Ketua Skuadron J.S St Heap daripada Royal Australian Air Force (RAAF) di Sydney, Australia.

Comments

Popular posts from this blog

Tony Fernandes - Leadership in Organization

Pemimpin Islam: Syarat syarat menjadi Khalifah

KUIH MUIH TRADISIONAL