'Colek' di Kelantan pada bulan Puasa

Apa itu 'Colek' ?


Pada bulan Ramadhan, di kelantan ibarat pesta 'colek'. Aktiviti makan 'colek' bolah dikatakan wajib tidak kira dalam kalangan orang-orang muda mahupun orang-orang tua. Banyak kedai yang menyediakan juadah 'colek' dengan pelbagai jenis 'colek' boleh didapati. Tempat-tempat yang terkenal di Kelantan yang menyediakan juadah 'colek' seperti kedai Colek Ayam D'Cherang, Kedai Pohon Kekuk, Nas Corner, Kedai Umie Teh, Colek Netup Kak Ni dan Kedai Colek Buah  'Makan Sapa Kenye'.


Aktiviti makan 'colek' selepas menunaikan solat Terawih boleh memeriahkan suasana pada bulan puasa. Semestinya pemuda yang berada di perantauan sewaktu bulan puasa cemburu dengan nikmat yang pemuda di kampung dapat kerana dapat menikmati pelbagai jenis juadah 'colek' di kampung. Itulah pengorbanan yang perlu dilakukan oleh pemuda taau sesiapa pun yang berada di perantauan.




Comments

Popular posts from this blog

Tony Fernandes - Leadership in Organization

Pemimpin Islam: Syarat syarat menjadi Khalifah

KUIH MUIH TRADISIONAL