#sesatdibali
Bali menjadi destinasi kedua ceq selepas brunei. Kenapa pilih bali? Jawapan dia dah tentu la sebab ticket murah. Jadi ceq dengan dua lagi membe buatlah plan untuk ke bali. Waktu tu kami still ada atas kapal. Punyala usaha cari ticket sampai orang lain tengah alongside kami dok cari ticket. Kenangan bro. Setelah meneliti segala detail mengenai perjalanan, kami mengambil keputusan untuk membuat tour kl - bali - lombok - kl selama 6D5N.
Untuk entry ini, ceq nak cerita pasal bali dulu. Kalau nak tau pasal lombok bole baca dekat next entry. Kami menghabiskan masa di bali selama 3 hari 2 malam. Sebelum ke sana, kami dah booking hotel di bali dan juga di lombok terlebih dahulu. Setelah tiba di denpasar airport, kami mengambil supir untuk menjadi tourist guide di sepanjang kami di bali.
Amir,Aliq,Aliq's brother and me at Kintamani facing the Batur Volcano during our lunch |
Kalau nak merasai lunch sambil mengadap pemandangan yang indah dam bersuhukan 23͒C, hampa bolelah datang ke sini. Dengan pemandangan yang awesome dan suhu yang sejuk pasti berbaloi untuk hampa datang sini. Ni lah first time ceq tengok gunung berapi depan mata. Selalu tengok dalam nat geo ja. Orang tua kata jauh perjalanan luas pemandangan.
Tanah Lot Temple during sunset |
Tanah Lot Temple ini agak menarik kerana apabila air surut hampa boleh jalan kaki untuk pi ke kuil, tapi kalau air dah pasang,air akan memenuhi sekitar temple dan ia akan kelihatan seperti pulau. Tempat ni juga terkenal akan keindahannya ketika matahari terbenam. Ceq siap google lagi macam mana nak amik gambar sunset bagi lawa dan ini hasil dia.
Pandawa Beach |
Bali sememangnya terkenal dengan pantainya yang cantik. Kami memilih pendawa beach kerana selain pantainya yang camtik ia juga dapat melakukan aktviti watersports disini. Terdapat pelbagai aktiviti seperti para sailing, flying fish,jet skiing etc. Ceq cadangkan untuk try para sailing sebab hampa boleh nikmati view pantai dari atas.
Tegalalang Rice Terrace,Ubud |
Tempat last yang ceq nak share ialah padi bukit tegalalang, ubud. Pemandangan yang kehijaun dan juga kedesaan ini amat cantik dan aman. Bali sekali lagi tidak mengecewakan ceq dari segi pemandangannya. Kasi gambar satu kali.
Sampai disini saja entry ceq tentang bali. Kalau nak bercerita ni sampai esok tak habis. Nak cakap pasal kalau ni gajah pun boleh terbang. Okay next entry ceq cerita pasal lombok dan macam ceq pi lombok dari bali. Choww
Hidup ini hanya sekali,tapi sudah cukup jika kita hidup sepenuhnya - Sakinah Lo |
Comments
Post a Comment