Maggi Belut Bukit Marak, Bachok, Kelantan

Pada cuti sempena sambutan Hari Raya Deepavali yang lepas, pusat pengajian kami telah menganugerahkan percutiaan selama 10 hari kepada para pelajar termasuklah saya. Saya tidak melepaskan peluang ini untuk pulang ke kampung halaman bertemu ibu bapa, adik beradik dan sahabat handai. semasa di kampung saya bersama kawan-kawan tleh ke bukit marak, bachok, Kelantan bertujuan untuk mencuba maggi BELUT yang dikatakan amat sedap oleh para pengunjung.

Bersama sahabat di kedai maggi belut

 Gambar sebelah memperlihatkan kedai dipenuhi para penggemar belut aka megi belut.
Walaupun terpaksa menunggu agak lama, selepas mencuba masakan ini, kepenatan menunggu terpadam begitu sahaja.










Megi belut pilihan hati
Ramai yang gemar juga ramai yang tidak gemar memakan belut. Setengah daripada mereka tidak meminati belut kerana rupa bentuk belut itu sendiri. Perasaan sebegitu hadir kerana mereka tidak pernah mencuba belut. daging yang amat segar dan sangat berkhasiat. Antara khasiat yang saya tahu dari orang kampung, menghasilkan kulit yang licin dan cantik. selain itu ramai berpendapat belut amat berkhasiat untuk kaum lelaki. hendak tahu search google.
belut segar
Gambar yang sempat saya ambil ketika berada di sana. Marilah kita beramai-ramai mencuba megi belut. rasanya amat lazat, cuba sekali, mesti nak lagi.. byeeeeeeee

Comments

Popular posts from this blog

KUIH MUIH TRADISIONAL

Tony Fernandes - Leadership in Organization

Pemimpin Islam: Syarat syarat menjadi Khalifah